Persekutuan Tanah Melayu Pengajian Malaysia Assignment

PENGENALAN

Rakyat Malaysia amat istimewa jika dibandingkan dengan rakyat negara-negara lain; kerana perjuangan mereka ke arah kemerdekaan telah berjaya dilakukan tanpa pertumpahan darah, kemusnahan harta benda atau melibatkan sebarang revolusi mahupun pemberontakan bersenjata. Kemerdekaan Tanah Melayu telah dicapai kerana wujudnya suatu faktor yang tiada pada negara-negara lain di dunia ini - kebersatuan yang kukuh di antara pelbagai kelompok etnik yang menganuti pelbagai budaya, kepercayaan dan agama.


Kerjasama yang kukuh di antara kaum telah menjadi asas perjuangan kemerdekaan kerana masyarakat dunia, malah rakyat Tanah Melayu sendiri pada waktu itu tidak yakin negara ini boleh kekal aman dengan struktur masyarakat yang sebegini majmuk.

HASIL PEMBELAJARAN

1.            Menyatakan sebab-sebab dan menghuraikan penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union.

2.            Menyatakan kegiatan subversif Parti Komunis Malaya dan langkah-langkah mengatasinya.

3.            Menghuraikan proses-proses untuk mencapai kemerdekaan

  

5.1    MALAYAN UNION

5.1.1   LATAR BELAKANG

Penjajahan Jepun menyerah kalah pada 1945 dan dengan itu juga Perang Dunia II tamat.Tempoh di antara penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan semula British di Tanah Melayu telah memberi kesempatan kepada Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA) untuk mengambil alih kuasa pemerintahan di Tanah Melayu.

Sejarah menunjukkan bahawa PKM dapat menguasai tanah Melayu selama 14 hari.  Dalam tempoh tersebut dan juga waktu selepas itu, anggota-anggotanya telah membuat kekacauan dan huru-hara. British datang ke Tanah Melayu pada bulan September 1945. Untuk mengembalikan keamanan. Pentadbiran Tentera British (British Military Administration – BMA)  telah ditubuhkan.

Dalam keadaan huru hara pemerintahan tentera dirasakan perlu. Sistem pentadbiran tentera tersebut tidak bertahan lama. Berikutnya British telah mencadangkan sistem pentadbiran baru yang dinamakan sebagai Malayan Union (Kesatuan Malaya).

5.1.2   TUJUAN DIPERKENALKAN MALAYAN

Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 telah membentangkan satu kertas putih yang isinya adalah mengenai matlamat British untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai Malayan Union.

Malayan Union yang dicadangkan merupakan satu kesatuan negeri-negeri Melayu. Dalam pentadbiran ini negeri-negeri di semenanjung yang tidak pernah lagi ditadbirkan sebagai satu kesatuan, dan mempunyai cara pemerintahan tersendiri adalah ditadbirkan di bawah satu kesatuan.

Tujuan utama diperkenalkan Malayan Union ialah untuk mempastikan kepentingan British di Tanah Melayu terpelihara, khususnya kepentingan ekonomi. Untuk tujuan ini tindakan menyeragamkan pentadbiran di bawah satu sistem (Malayan Union)  adalah perlu dengan sebab-sebab tertentu iaitu:

i.              Melalui satu sistem pemerintahan, kos pentadbiran negeri-negeri melayu dapat dijimatkan.

ii.             British juga pernah menyatakan kononnya bahawa matlamat akhirnya ialah untuk memberikan kemerdekaan kepada negeri ini.

iii.            Selain daripada itu juga dikatakan bahawa British segaja menubuhkan  Malayan Union kerana perasaan benci beberapa pegawai Inggeris terhadap orang Melayu yang dikatakan menyokong Jepun semasa  penjajahan Jepun di Tanah Melayu.

5.1.3   CIRI-CIRI PERLEMBAGAAN MALAYAN UNION

a.         Terdiri daripada  sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.

b.         Gabenor Inggeris merupakan ketua pentadbir  Malayan Union yang berpusat di Kuala Lumpur, Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan.

c.         Raja-raja Melayu hanya berperanan sebagai penasihat Gabenor, sedangakan kedaulatan mereka sebagai raja di negeri mereka sendiri dihapuskan. Raja hanya berkuasa dalam soal agama Islam dan mengetuai Majlis Penasihat Melayu.

d.         Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan untuk tujuan mengurus kerajaan tempatan tetapi masih tertakluk kepada kawalan pemerintahan pusat.

e.         Malayan Union tidak melibatkan Singapura, Singapura masih dikekalkan sebagai tanah jajahan di bawah kuasa seorang Gabenor Jeneral British yang berkuasa ke atas Gabenor Malayan Union.

f.             Dari segi kerakyatan, ianya berdasarkan prinsip jus soli. Melalui prinsip ini kerakyatan Tanah Melayu diperolehi sekiranya:

i.          Orang asing  yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin  di Tanah  Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun sebelum 15 Febuari.

ii.          Seseorang itu dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan  Malayan Union

g.         Hak warganegara yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau asal keturunan ini termasuk kemasukan ke dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi  dalam pilihanraya umum.

5.1.4   IMPLIKASI PENUBUHAN MALAYAN UNION

Tentangan Orang Melayu

Rancangan Malayan Union mendapat bantahan. Mereka menyuarakan bantahan melalui pelbagai cara, antaranya melalui akhbar-akhbar Melayu seperti Majlis, Utusan Melayu dan Warta Negara, menghantar surat bantahan kepada kerajaan British di London.Bantahan dilakukan secara teratur dan secara bersama melalui persatuan-persatuan Melayu di peringkat negeri seperti mengadakan perarakan dan tunjuk perasaan di seluruh Tanah Melayu.

Pada 1 April 1946 Malayan Union ditubuhkan secara rasmi dengan Sir EdwardGent menjadi Gabenor Jeneral yang pertama. Orang Melayu bertindak memulaukan upacara perlantikan Gabenor Malayan Union dan semua majlis yang dianjurkan oleh kerajaan British. Sebagai tanda bantahan, orang Melayu berkabung selama tujuh hari dengan melilitkan kain putih pada songkok.

Kongres Melayu Se Malaya Kedua di Johor Bahru pada 11 Mei 1946 meluluskan pembentukan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang diberi tugas untuk menyatukan orang Melayu bagi menentang Malayan Union dan Dato’ Onn bin Jaafar di pilih  menjadi yang dipertua UMNO yang pertama.

 

Sebab-Sebab Penentangan

Antara sebab-sebab penentangan Malayan Union ialah:

a.            Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan Union. Mereka tidak di beri peluang berbincang dengan para pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri masing-masing.

b.            Persetujuan raja-raja Melayu kepada Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing.

c.            Sir Harold Mac Micheal menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak mengetahui adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung tentang Tanah Melayu.

d.            Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan orang Melayu. Sebelum iniraja merupakan orang yang paling tinggi dalam struktur sosial masyarakat Melayu tradisional. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatasi raja. Seseorang raja yang memerintah merupakan seorang pemimpin yang ditaati, dihormati dan disegani.

e.            Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu. Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh mengancam kedudukan politik orang Melayu. Terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melalyu kepada Tanah Melayu masih lagi diragui.

f.             Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peribumi di Tanah Melayu, orang Melayu berasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang istimewa berbanding dengan kaum lain.

5.1.5   PENUBUHAN PARTI POLITIK 

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)

·                     UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Jaafar. Beliau merupakan presiden pertama UMNO. Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 1951.

·                     Matlamat jangka pendek penubuhan parti ini ialah penentangan terhadap Malayan Union. Untuk menyatupadukan orang Melayu dan mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dalam penentangan Malayan Union ini.

·                     Anggota ini parti ini berpegang kepada cogan kata ‘Hidup Melayu’.

·                     Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik.

All - Malaya Council Of Joint Action – (AMCJA)

·                     Pada 22 Disember 1946 kaum-kaum bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bertujuan menentang perlembagaan baru yang telah dicadangkan.

·                     Komponen AMCJA ialah Kongres India Malaya (MIC), Malayan People’s Anti Japanese Ex – Services  Comrades Association dan Pan Malayan  Federation of Trade Unions.

·                     AMCJA diketuai oleh Tan Cheng Lock. Perjuangan AMCJA adalah atas tiga prinsip iaitu:

i.              Penyatuan seluruh Tanah Melayu (termasuk Singapura)

ii.             Pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan Perundangan Pusat dengan ahli-ahli dipilih oleh rakyat.

iii.            Hak-hak kerakyatan yang sama bagi semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai air dan tumpuan taat setia.

·                     Ternyata di sini bahawa prinsip yang dikemukakan oleh AMCJA bercanggah dengan apa yang dikemukan oleh UMNO dan raja-raja Melayu. AMCJA menolak cadangan perlembagaan  yang telah dikemukakan oleh raja Melayu dan UMNO

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)

·                     Merupakan  parti orang Melayu yang dianggap berhaluan kiri (radikal).

·                     Putera adalah gabungan parti-parti berhaluan kiri iaitu Angaktan Pemuda Insaf  (API) pimpinan Dr Boestamam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya

·                     (PKMM) pimpinan Dr Burhanuddin Al-Helmi, dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh.

·                     PUTERA telah memperjuangkan empat prinsip iaitu:

i.              Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi Negara.

ii.             Hal-ehwal luar dan pertahanan menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan Tanah Melayu dan British.

iii.            Perkataan “ Melayu  hendaklah digunakan sebagai nama kerakyatan atau kewarganegaraan Tanah Melayu.

iv.           Bendera Kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna kebangsaan Melayu.

·                     Prinsip perjuangan PUTERA nampaknya berbeza dengan prinsip perjuangan AMCJA. Walau bagaimanapun kedua-dua kesatuan bersepakat akhirnya.

·                     AMCJA – PUTERA menyifatkan Jawatankuasa Perundingan yang ditubuhkan oleh kerajaan British tidak mewakili kepentingan kaum bukan Melayu. AMCJA –PUTERA menyerahkan satu cadangan perlembagaan Tanah Melayu yang mengandungi 10 perkara, tetapi ditolak oleh kerajaan British kerana dianggap terlalu radikal.

5.1.6   PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

Akibat bantahan hebat orang Melayu, Kerajaan British telah membatalkan rancangan Malayan Union. British sedar bahawa tanpa sokongan orang Melayu, usaha mereka  menubuhkan satu sistem pemerintahan baru di Tanah Melayu tidak akan berjaya. Maka pada Julai 1946 kerajaan British telah membentuk satu Jawatankuasa Kerja untuk menggubal perlembagaan baru mengantikan Malayan Union. Jawatankuasa itu dianggotai oleh empat orang wakil raja-raja Melayu, dua wakil UMNO dan enam orang pegawai kanan British. Perkara-perkara yang dicadangkan ialah:

i.              Pemulihan kedudukan raja-raja Melayu dengan kedaultan mereka dikembalikan.

ii.             Penubuhan Dewan Undangan Negeri bagi setiap negeri di Tanah Melayu

iii.            Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi kaum bukan Melayu

iv.           Jaminan kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan

Rangka Cadangan Perlembagaan Tanah Melayu ini telah mendapat bantahan daripada kaum bukan Melayu melalui AMCJA. Manakala pertubuhan politik Melayu yang tidak sealiran dengan UMNO iaitu PUTERA turut sama menentang rangka perlembagaan

5.1.7   PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1948

Pada bulan Januari 1948, kerajaan British menerima cadangan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Perlembagaan ini dipersetujui dan ditandatangani oleh sembilan orang raja Melayu dan Pesuruhjaya Tinggi British pada 21 Januari 1948, dan berkuatkuasa mulai 1 Febuari 1948.

Ciri-Ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

a.            Mengandungi sembilan buah negeri Melayu dan dua buah Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka. Singapura dikekalkan sebgai sebuah tanah jajahan British yang berasingan.

b.            Di Ketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan dibantu oleh sebuah Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Undangan Persekutuan

c.            Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu yang ditugaskan untuk menasihati Pesuruhjaya Tinggi British dan Majlis Mesyuarat Kerja Negeri di peringkat negeri yang fungsinya sama seperti Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan.

d.            Jawatan Menteri Besar diwujud bagi menggantikan jawatan Residen British dan kuasa kerjaan negeri pula ditambah termasuk kewangan, kerajaan tempatan dan kesihatan.

e.            Pemberian kerakyatan kepada orang asing menetap di Tanah Melayu setelah Perlembagaan tahun 1984 dikuatkuasakan, mereka yang dianggap sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu ialah:

i.              Semua rakyat raja di sebuah negeri Melayu

ii.             Rakyat British yang dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka serta menetap selama 15 tahun berturut-turut di mana-mana negeri dalam Persekutuan

iii.            Rakyat British yang dilahirkan di Persekutuan yang bapanya sendiri dilahirkan di Persekutuan atau telah menetap selama 15 tahun berturut-turut.

iv.           Mereka yang dilahirkan dalam Persekutuan dan bertutur dalam bahasa  Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

v.            Mereka yang dilahirkan di Persekutuan dan ibu bapanya juga dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama 15 tahun berturut-turut.

f.             Penduduk lain layak memohon menjadi warganegara dengan syarat-syarat berikut:

i.              Dilahirkan di Persekutuan dan menetap selama lapan tahun dari tempoh 12 tahun atau menetap selama 15 tahun daripada 20 tahun sebelum permohonan itu dibuat.

ii.             Pemohon mesti berkelakuan baik, mempunyai pengetahuan dalam bahasa Melayu atau Inggeris dan mesti berumur tidak kurang dari 18 tahun.

 Kesan Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

a.            Kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu serta kedudukan istimewa orang Melayu dipulihkan.  Jawatan Residen British digantikan  dengan jawatan Menteri Besar

b.            Orang Melayu  membuat pengorbanan besar dengan memberi kerakyatan kepada kaum imigran.  Ini bermakna kaum imigran kini boleh menikmati hak yang sama dengan orang Melayu dan mengambil bahagian dalam pemerintahan Negara.

c.            Orang Melayu berharap pengorbanan  yang besar ini dibalas oleh pohak kerajaan melalui usaha meninggikan taraf hidup mereka melalui peruntukan ‘kedudukan istimewa’ dalam perlembagaan, tetapi ini tidak dilakukan oleh kerajaan British

d.            Kaum bukan Melayu, terutama orang cina menentang penubuhan Persekutuan kerana Singapura tidak dimasukkan ke dalam Persekutuan mereka juga membantah pemberian taraf ‘kedudukan Istimewa’ kepada orang Melayu dalam perlembagaan.

e.            Penentangan paling hebat dilakukan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan lain-lain pertubuhan sayap kiri.  PKM berusaha merampas kuasa secara kekerasan sehingga mengakibatkan darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada bulan Jun 1946.

f.             Kejayaan  besar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu,  Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di Bukit Fraser pada  6 Oktober 1951.

g.            Kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah dan jumlah anggotannya semakin merosot

5.2    ANCAMAN KOMUNIS

5.2.1   PARTI KOMUNIS MALAYA

Matlamat komunis di Tanah Melayu ialah untuk menubuhkan sebuah negara Komunis. Ideologi komunis ini mula disebarkan di Tanah Melayu pada 1930an dan semakin berkembang pada tahun 1941 hingga 1945 akibat perasaan anti Jepun. Walaupun British bekerjasama dengan MPAJA dan PKM semasa pendudukan Jepun tetapi selepas tahun 1945 pihak British enggan menerima PKM. Sejak itu bermulalah penentangan PKM terhadap kerajaan British di Tanah Melayu

5.2.2   PERKEMBANGAN SEBELUM DARURAT

Sebelum tahun 1937 sambutan orang Cina kepada PKM tidak begitu menggalakkan,namun selepas kekalahan Negara China dalam perang China - Jepun. PKM berjaya mempengaruhi perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu untuk menyokong perjuangan mereka. Dasar PKM bekerjasama dengan British semasa Perang Dunia Kedua menjadikan pengaruhnya semakin meluas. Kerjasama dengan British melalui Force 136 memberi PKM peluang untuk meluaskan sokongan di kalangan orang awam.

Selepas Perang Dunia Kedua beakhir dan sebelum British kembali semula ke Tanah Melayu. PKM dan MPAJA keluar dari hutan dan mengambil alih pemerintahan selama tiga minggu. Dalam tempoh itu, tentera komunis yang dipanggil Bintang Tiga bertindak kejam untuk membalas dendam kepada penduduk tempatan yanag dituduh bersubahat atau bekerjasama dengan tentera Jepun.

Setelah British kembali semula memerintah, kerajaan British mengarahkan supaya MPAJA menyerahkan semua senjata dan membubarkan pasukan gerila yang ditubuhkan semasa pendudukan Jepun. Walaupun arahan itu dipatuhi, tetapi tidak semua senjata yang diserahkan kerana sebahagian besar daripadanya dan bekalan makanan masih disembunyikan di hutan. Tindakan MPAJA meletakkan senjata itu lebih merupakan satu langkah simbolik untuk menggambarkan yang PKM berjuang atas landasan perlembagaan.

5.2.3   PENYUSUPAN KE DALAM KESATUAN SEKERJA DAN PERGERAKANPOLITIK

Selepas MPAJA  dibubarkan, PKM memulakan kegiatan subversive dengan menyusup masuk ke dalam kesatuan sekerja.  PKM menerima sokongan kuat daripada sebuah gabungan kesatuan sekerja yang dikenali sebagai Pan-Malayan Federation Of Trade Unions (PMFTU). Melalui kesatuan sekerja PKM menganjurkan mogok di seluruh Tanah Melayu. Akibat tindakan mogok, banyak kerja yang tergendala dan masa kerja terbuang begitu sahaja.

PKM juga menyusup masuk ke dalam pergerakan politik.  Menjadi tenaga penggerak kepada usaha menyatukan golongan kiri melalui PUTERA – AMCJA untuk  menentang Malayan Union.PUTERA mewakili parti politik orang Melayu  yang berfahaman kiri dan AMCJA dikatakan  mewakili kaum bukan Melayu. Kesemua pertubuhan di bawah naungan PKM, kecuali  MIC diresapi atau bersimpati dengan komunis dan menjadi pertubuhan barisan hadapan PKM.

Gabungan PUTERA – AMCJA mengemukakan cadangan perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat pada tahun 1974. Cadangan itu di tolak oleh kerajaan British yang meneruskan usaha menubuhkan Persekutuan Tanah melayu bagi menggantikan Malayan Union.

5.2.4   KEGIATAN SUBVERSIF PKM

PKM melancarkan serangan melalui pasukan gerila yang diketuai Pegawai khas. Diperingkat pusat, pegawai ini mengarahkan pegawai gerila daerah yang kemudian mengarahkan pegawai gerila di peringkat negeri dan seterusnya di peringkat mukim.Setiap pasukan gerila dibahagikan kepada unit-unit kecil untuk menjalankan kegiatan subversive

Kumpulan gerila menjadi anggota utama dalam pasukan bertindak PKM yang dikenali sebagai Malayan Races Liberation Army (MRLA). Pasukan bertindak ini bertanggungjawab melakukan serangan bersenjata. MRLA bekerjasama rapat dengan Min Yuen, iaitu orang awam Cina yang diarahkan untuk mengumpulkan maklumat penting, menyediakan bekalan ubat, menyebarkan risalah-risalah komunis, mencari bantuan kewangan dan mengambil rekrut-rekrut baru.

Menjelang pengisytiharan darurat, kempen keganasan PKM tersebar dengan meluas. Pasukan gerila komunis menjalankan kegiatan di kawasan ladang getah dan lombong bijih timah di pesisiran hutan belantara. Ini bertujuan untuk membangkitkan ketakutan, kegelisahan dan perasaan tidak puas hati rakyat kepada pihak kerajaan.

Kejayaan terbesar PKM ialah peristiwa pembunuhan Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dalam satu serangan hendap yang dilakukan di Bukit Fraser pada 6 Oktober 1951. Walaubagaimanapun, kejayaan PKM tidak berpanjangan akibat langkah-langkah kerajaan menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan, kedudukan PKM semakin lemah dan jumlah anggotannya semakin merosot. Pada tahun 1952, PKM memindahkan markasnya di Bentong, Pahang ke Betong di Selatan Negara Thai. PKM juga mula mengatur strategi lain untuk meneruskan perjuangan bagi mencapai cita-citanya politiknya.

Rajah menunjukkan Gabungan AMCJA yang menjadi sekutu Parti Komunis Malaya

5.2.5   LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KOMUNIS

a.         Mengisytiharkan Darurat

Menjelang pertengahan tahun 1948, keganasan  PKM semakin hebat.  Antara bulan  Oktober 1945 hingga Disember 1947, PKM melakukan 191 pembunuhan dan dalam enam bulan pertama tahun 1948, sebanyak 107 pembunuhan.Kemuncak keganasan berlaku pada 12 Jun 1948, apabila tiga orang pemimpin  Kuomintang dibunuh di Johor, dan  diikuti oleh pembunuhan tiga orang peladang Eropah  dalam masa satu hari di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun  1948.

Peristiwa ini memaksa kerajaan British mengisytiharkan darurat di Sungai Siput dan beberapa tempat di Johor pada 18 Jun 1948.  Sehari selepas itu, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu dan diikuti di Singapura pada 23 Jun 1948. Setelah undang-undang Darurat dikuatkuasakan, PKM dan pertubuhan di bawah naungannya diharamkan.

Darurat adalah istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk merujuk kepada kekacauan yang meletus di Tanah Melayu akibat kebangkitan komunis. Oleh itu, bermulalah secara rasmi usaha kerajaan British untuk memerangi keganasan komunis di Tanah Melayu.  PKM memulakan kegiatan secara gerila melalui gerakan ‘bawah tanah’.

Semasa darurat beberapa usaha telah dijalankan untuk mengatasi keganasan PKM. Antaranya ialah :

i.          Mengharamkan PKM melalui undang-undang darurat

ii.          Menggunakan tentera dan polis untuk menangkap sesiapa yang disyaki.

iii.         Memperkenalkan sistem kad pengenalan di mana rakyat yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.

iv.        Home guard di kampung-kampung telah ditubuhkan.

v.         Tentera-tentera komanwel telah dibawa masuk

vi.        Usaha-usaha menyatupadukan kaum-kaum melalui Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum

b.         Rancangan Briggs

Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs iaitu Pengarah Gerakan menentang Komunis pada tahun 1950. Rancangan diperkenalkan bertujuan untuk membanteras kegiatan komunis melalui strategi menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampung baru dan melancarkan gerakan kelaparan.

Rancangan ini bertujuan menghalang penduduk Cina daripada membekalkan  makanan dan perubatan dan memberikan maklumat kepada gerila komunis yang bersembunyi dalam hutan. Di bawah rancangan ini kampong-kampung dipinggir hutan ditempatkan semula di kawasan baharu yang dipanggil Kampung Baru yang mudah dikawal. Kampung Baru dipagar disekelilingnya dan disediakan kemudahan seperti sekolah dan pusat kesihatan.

Rancangan ini didapati berkesan dalam menggagalkan pembrontakan Komunis kerana ia dapat melemahkan kegiatan Min Yuen dan seterusnya memaksa Komunis keluar daripada hutan.

c.         Rancangan Templer (Perang Saraf)

Sir Gerald Templer telah melancarkan perang saraf ke atas pengganas Komunis dengan mengambil beberapa tindakan. Antaranya ialah:

            i.          melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi orang bukan Melayu

ii.          memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada anggota PKM yang menyerah diri

iii.         memberi hadiah kepada mereka yang memberikan maklumat mengenai pengganas Komunis

iv.        menyebarkan risalah yang meminta agar anggota PKM meninggalkan perjuangan mereka

v.         memperkenalkan konsep perintah berkurung di kawasan-kawasan tertentu ketika tentera memburu anggota Komunis

Sir Gerald Templer telah memperkenalkan sistem pembahagian wilayah kepada kawasan Hitam dan kawasan Putih. Pada tahun 1952. Kawasan Hitam ialah kawasan yang didapati giat dengan aktiviti komunis dan perlu diberi kawalan ketat oleh pihak pertahanan. Manakala kawasan Putih ialah kawasan yang selamat atau bebas daripada pengaruh Komunis

Melalui pengisytiharan ini kegiatan gerila dapat dikawal dengan baik dan berkesan. Melaka menjadi negeri pertama yang diisytiharkan sebagai kawasan putih pada bulan September 1953. Dibawah rancangan ini juga tindakan menyekat kemasukan bekalan makanan ke kawasan  yang menjadi sarang kegiatan Komunis telah dijalankan

d.         Rundingan  Baling

Pada Pilihanraya Umum Persekutuan pertama pada bulan Julai 1955 memberi  kemenangan besar kepada Parti Perikatan. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi ketua Menteri Persekutuan Persekutuan Tanah Melayu. Di bawah sistem berkerajaan sendiri. Pemberian taraf berkerajaan sendiri mengukuhkan sokongan rakyat kepada kerajaan. Ini menjadikan pengaruh Komunis semakin merosot.

Tunku Abdul Rahman berjanji untuk menamatkan darurat dengan segera. Pada bulan September 1955, beliau menawarkan pengampunan secara beramai-ramai kepada semua pengganas komunis. Mereka yang menyerah diri tidak akan dikenakan sebarang tindakan oleh pihak kerajaan. Kemerosotan pengaruh Komunis menyedarkan para pemimpin PKM, terutama Chin Peng bahawa perjuangan mereka tidak lagi mendapat sokongan rakyat. Akhirnya, Chin Peng bersetuju untuk berunding dengan kerajaan. Rundingan itu diadakan pada 28-29 Disember 1955 di Baling Kedah.

Perwakilan

Nama

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu

Tunku Abdul Rahman

Ketua  Menteri Singapura

David Marshall

Presiden  MCA

Tan Cheng Lock

Malaysia pada 16 September 1963 selepas pembentukan Malaysia. Pembentukan PerlembagaanMalaysia telah melalui proses sejarah yang bermula dengan penguasaan British ke atas negeri Perak,Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang yang dikenali sebagai Negeri-Negeri Melayu Bersekutu(NNMB).Semasa Perang Dunia Kedua (1942-1945), Jepun menakluki Tanah Melayu. British kembalimenduduki Tanah Melayu dan memperkenalkan suatu bentuk pemerintahan yang baru iaitu MalayanUnion pada April 1946. Walau bagaimanapun, bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentanganyang hebat daripada orang Melayu.Penentangan ini menyebabkan British memperkenalkan pula bentuk pentadbiran yang baharu,iaitu perjanjian Persekutuan 1948. Melalui perjanjian ini, kerajaan pusat terdiri daripada seorangPesuruhjaya Tinggi British, sebuah Majlis Mensyuarat dan sebuah Majlis Perundangan.Majlis Perundangan mengandungi anggota-anggota rasmi dan sebilangan anggota yang tidakrasmi yang dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Hasil daripada perjanjian ini, wujudnya satuperlembagaan yang baharu bagi Tanah Melayu yang berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *